Sabtu, 29 Juni 2013

Cerita DAri Negara Tetangga

Ayat Kursi dan Kelebihannya ni saya kongsi sebab saya tengah dengar. Tenang sangat bila dengar Ayat  Kursi ni ok, saya tak tipu. hahaha! Merdu sangat suara Qari yang baca Ayat Kursi dekat Youtube ni. Orang Arab memang best kalau dengar bacaan mereka.
Dekat bawah video Ayat Kursi yang sertakan ni, saya letakkan sekali informasi berkenaan maksud serta kelebihan kalau kita amalkan Ayat yang maha hebat ni. Saya berani kata sebab, saya amalkan bacaan ayat ni dah setahun (sila gelak kalau mahu. Tak kisah). Waktu tu, memang hidup saya berserabut sangat.

Sebenarnya, sebelum ni ada saya ceritakan juga pasal kelebihan ayat kursi dan cerita saya hafal Ayat Kursi ni beberapa hari sebelum berangkat ke umrah. Tapi, entry ini cerita selepas saya pulang umrahlah kiranya. Ok, saya sambung semula.
Mula-mula saya memang marah sebab kenapa mesti Allah menyerabutkan hidup saya dengan macam-macam masalah. Jujurnya, saya marah. Saya marah sampai tahap tak buat semua perkara yang menjadi kewajipan. Tapi, Allah tu maha penyayang ya. Kita marah, Allah tetap jaga kita.
Tengah otak serabut macam-macam, mak saya cakap “Hafal Ayat Kursi? Kalau tak hafal, baca, amalkan setiap kali lepas solat dan bila free. Saya diam, tapi disebabkan memang hidup serabut sangat dan sebenarnya saya tak tahu apa yang saya serabut sangat. hahahaha!!! Serious, saya tak tahu cuma hidup macam tak ada hala tuju.
Saya ni spesies suka mencuba. Saya solat dan saya amalkan Ayat Kursi tu banyak-banyak setiap kali lepas solat. Paling buat saya terkejut, bila saya baca ayat ni sampai mengalir airmata. Nampak sangat saya berharap sangat Allah untuk tolong saya “buang” masalah dalam hidup saya. hehehehehe!
Ya Allah, ajaib ya!! Saya baca Ayat Kursi tu baru beberapa kali. Satu persatu masalah saya tu selesai dengan sendirinya. Ada hasil usaha saya sendiri, ada juga yang hasil bantuan orang lain! Seolah-olah, semua orang ringan tulang dan berlapang dada nak tolong saya tanpa saya suruh. Hebatkan Kuasa Allah. Kita jahat, kita kotor, kita marah DIA tapi DIA tetap terima doa hamba-Nya ;)
So, nak paksa korang pun tak ada guna. Cuma, kalau korang tengah ada masalah. Tak kira masalah fizikal atau rohani. Sila ringankan mulut untuk baca Ayat Kursi ni. Kalau tak boleh membaca, dengar. Kita serahkan saja urusan Dunia yang tak termampu kita buat pada Allah ok. Sekian,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar